Thursday, July 12, 2012

Contoh Surat untuk Tabung Derma Di Kedai / Premis Perniagaan

Dah lama tak berkongsi idea ye...

Idea berkenaan Tabung Derma ini mungkin common @ "koman". Tapi nampak masih relevan untuk diguna pakai oleh Surau/ Madrasah/ Masjid untuk menambah kutipan bulanan.

Langkah-langkah dicadangkan:-

1) Kenalpasti kedai/ premis perniagaan yang sesuai di sekitar.

2) Bertemu dan berbincang dengan tuan punya @ taukeh kedai/ premis. Minta izin.

3) Jika dibenarkan, susuli secara rasmi dengan surat. Contoh Surat Meletak Tabung Derma seperti di link di bawah ini.

Klik link ini: http://www.mediafire.com/?874ugqa68b3yqcn

atau klik DOWNLOAD

Beberapa ketika anda akan dibawa ke laman simpanan fail Mediafire.

4) Sediakan surat tersebut dengan pindaan dan tambahan maklumat yang mana berkenaan. Sila tandatangan.

5) Serahkan surat tersebut kepada tuan punya @ taukeh kedai/ premis. Dapatkan persetujuan dan tandatangan.

6) Hantar tabung di kedai/ premis tersebut.

7) Ucapkan terima kasih kepada tuan punya @ taukeh kedai dan doakan agar perniagaan beliau bertambah barakah, maju dan makmur. Ajak le taukeh tu ngopi atau ngeteh atau pekena beryani kambing (hehe..) di restoran berhampiran.

8) Kongsikan atau cadangkan softcopy Surat tersebut kepada Surau/ Madrasah/ Masjid lain yang memerlukan, moga mengalir kebaikannya.

Selamat beramal, wassalam!

No comments: