Wednesday, July 6, 2011

Contoh Surat Program Tabung Masjid Di Premis Perniagaan

Kata orang, berkongsi tandanya peduli. Ataupun "sharing is caring".

Apa-apa pun, di kesempatan yang ada, saya ingin berkongsi contoh surat kepada premis-premis perniagaan seperti kedai, restoran, klinik, stesen minyak, kaunter bank dll untuk mereka menyertai program Tabung Derma Masjid / Surau.

Ini sebagai salah satu inisiatif bagi memberikan peluang kepada penderma-penderma (terutamanya penderma yang kurang berkesempatan ke masjid) untuk beramal kebajikan. ia diharap akan dapat meningkatkan dana masjid / surau bagi tujuan aktiviti-aktiviti mengimarahkan masjid termasuk perbelanjaan pengurusan dan operasi.

Dalam program ini, tabung akan diletakkan di kaunter premis perniagaan tersebut. Setiap 2 minggu atau waktu-waktu ditetapkan, pegawai masjid yang diberikuasa akan mengutip sumbangan derma tersebut.

Ini adalah anggaran. Sekiranya sebulan, satu tabung boleh mengutip sekitar RM200, maka 10 tabung adalah RM2,000 sebulan. 20 tabung adalah RM4,000 sebulan. Maka ia boleh menampung antara lain saguhati penceramah / pengkuliah, bil elektrik, api dll.

Untuk download, silalah klik link di bawah ini:


atau

taip link ini : http://www.mediafire.com/?874ugqa68b3yqcn

Semoga bermanfaat. Wassalam.

No comments: