Friday, May 7, 2010

Contoh Surat Rayuan Kepada Tabung Haji

Download dan Share link di bawah ini dengan saudara-mara dan rakan. Semoga beroleh manfaat. 
.
DOWNLOAD DI SINI :https://www.mediafire.com/folder/f3f76ckkz0nwg/Rayuan_Haji

.
Terima kasih kepada seorang sahabat saya yang bermurah hati memberikan contoh surat rayuan ini. Semoga ia mendatangkan manfaat kepada saudara-saudara yang memerlukan. Nota: Ia adalah contoh sahaja, sebab-sebab rayuan mungkin berbeza mengikut kes.
.
Saya telah hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji di talian 03-62071919 sebentar tadi dan dimaklumkan bahawa antara sebab-sebab yang diberi keutamaan untuk pertimbangan oleh pihak Tabung Haji adalah:-
.
1) Faktor kesihatan (perlu ada surat sokongan dari Doktor / Pegawai Perubatan kerajaan atau Doktor Pakar jika dari Klinik/Hospital swasta).
.
2) Lanjut usia melebihi 70 tahun
.
3) Menjadi mahram kepada jemaah haji yang telah terpilih.
.
4) Menemani jemaah haji yang uzur.
.
Walaubagaimanapun, menurut pegawai Tabung Haji tersebut, faktor seperti sebab-sebab kerjaya dan keluarga juga boleh dipertimbangkan. "Encik boleh cuba, mungkin boleh dipertimbangkan", ujar pegawai tersebut.
.
Berikut adalah satu contoh yang saya sediakan berdasarkan contoh surat yang diberikan oleh sahabat saya yang telah dipertimbangkan oleh pihak Tabung Haji. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, InsyaAllah.
.


Nama Pemohon I & No Akaun Tabung Haji
Nama Pemohon II & No Akaun Tabung Haji
Alamat

Tel:
_____________________________________

Tarikh :


Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH

201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan/Puan,
RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 143x HIJRAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon agar kami suami isteri dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun 143x Hijrah (Tahun Masihi 20xx) atas sebab-sebab seperti berikut:-

1) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang;

2) Masalah penjagaan anak-anak dapat dielakkan sekiranya kami menunaikan haji pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap keluarga. Antaranya, anak kami akan mula bersekolah dan kami menghadapi kesulitan untuk mencari penjaganya sekiranya kami menunaikan haji;

3) Keadaan kewangan dan kesihatan mengizinkan kami untuk mengerjakan haji pada tahun ini, InsyaAllah.

Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang Benar,




(NAMA PEMOHON 1)
No. IC:
Tel. No.:





(NAMA PEMOHON 2)
No. IC:
Tel. No. :

37 comments:

Vantage ABT Services said...

mohon diambil sampel surat rayuan. Thanks. Syarifah.

i'm the 7th out of 313 said...

saya ambil surat ini sebagai contoh. terima kasih berbanyak2.

adamcici said...

Contoh surat rayuan yang baik. Terima kasih.

selembut mawar said...

salam...saya mohon mengambil contoh surat ini..terima kasih..

Juwita Raden said...

Assalamualaikum,

Benarkan saya menggunakan contoh surat rayuan ini untuk kedua ibu bapa saya.


Terima Kasih.

amirhai hr said...

Assalam,
saya copy paste untuk kawan. Terima kasih.

Mohd Helmi Mokri said...

Mohon digunakan surat rayuan ini untuk ayah & ibu saya. Terima kasih.

Mohd Helmi Mokri said...

Mohon saya gunakan surat ini. TQ.

healtytips said...

mohon dengan izin ambil contoh surat yea thank

ummi khalid haron said...

kene hantar pos atau hntr sendiri ke pejabat tabung haji?

yuyeen said...

mohon share ya

ABU HAZMY HELMI said...

Silakan saudara. Semoga urusan saudara, ibu dan bapa saudara Allah mudahkan

ABU HAZMY HELMI said...

Silakan tuan

ABU HAZMY HELMI said...

W Salam. Silakan Cik

ABU HAZMY HELMI said...

W salam, silakan

Amanina adnan said...

Izinkan saya copy surat rayuan ini bagi pihak ibu saya

Amanina adnan said...

As salam saudara.izinkan saya copy utk rayuan bagi pihak ibu saya .

Nur Elza... said...

Assalam. Saya mohon share contoh surat ini ya..t.kasih.

Nur Elza... said...

Assalam. Saya mohon share contoh surat ini ya..t.kasih.

normah hashim said...

Assalammualaikum...saya mohon kebenaran unty copy surat ini .
Terima kasih

Azizah Zain said...

mohon copy.tq

Unknown said...

Mohon copy..tq

azhan ali said...

Mohon copy..tq

Affa Trend Publication said...

MOHON COPY

Syuhaidah Atan said...

Assalamualaikum .. saya mohon untuk ambil contoh surat rayuan ni.. untuk ikut ibu yang uzur sebagai mahram untuk menjaganya sepanjang di tanah suci. Semoga dipermudahkan.

Syuhaidah Atan said...

Assalamualaikum.. Mohon kebenaran untuk guna contoh surat. Semoga dipermudahkan olehNya.

siti.zaimar said...

Mohon copy untuk digunakan surat rayuan ini oleh ayah & ibu saya. Terima kasih.

Azlan Kandar said...

Assalammualaikum...saya mohon kebenaran unty copy surat ini . Terima kasih Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

azizanyahyahassan said...

As Salam,
Mohon izin mengguna contoh ini untuk rayuan bagi isteri, kakak dan abang ipar bagi tahun 2016 ini.
terima kasih

Yg benar
Azizan

Asyiqin Nabihah said...

Assalamualaikum, mohon izin utk menggunakan surat rayuan ini bagi pihak ibu bapa saya. Terima kasih :)

ami damai said...

Assalamualaikum.. Terima kasih atas perkongsian diatas.. Mohon copy untuk ibubapa saya..

Zubit ZZA said...

Assalamualaikum.. Mohon kebenaran untuk guna contoh surat. Semoga dipermudahkan olehNya. terima kasih

Fiza said...

Assalamualaikum, mohon izin utk ibu bapa saya. jutaan terima kasih dan semoga Allah membalas dengan kebaikan dan kemudahan yang berlipat ganda.

Fiza said...

Assalamualaikum, mohon izin guna utk ibu bapa saya. semoga Allah balas dengan kebaikan dan kesenangan yang berlipat ganda. aamiin.

Liza said...

Assalamualaikum...terima kasih atas info yg sangat berguna.

aim shams said...

Assalamualaikum,mohon izin copy contoh surat utk rayuan ibu bapa. Terima kasih saudara.

Aslam Yusof said...

Alhamdulillah.. terima kasih tuan