Sunday, June 29, 2008

Pihak Yang Berkenaan Dengan Rancangan Perniagaan

Kita sering dengar pepatah mengatakan : "Gagal merancang adalah merancang untuk gagal". Memang benar, tabiat membuat sesuatu tanpa perancangan adalah berbahaya. Kalau dengan bahasa yang kasar, membabi buta.

Ok, di posting kali ini saya senaraikan pihak-pihak yang kebiasaannya memerlukan Rancangan Perniagaan (RP), antaranya adalah:-

1) Usahawan itu sendiri
Membantu usahawan bagi memahami lebih dalam perniagaan yang mereka ceburi. Ia juga menggariskan misi dan visi perniagaan yang menjadi panduan usahawan tersebut dalam menerajui perniagaan agar dapat meningkatkan keuntungan dan mengelakkan/ mengurangkan kerugian.

2) Bank/Institusi Kewangan/Pembiaya
Mereka ini adalah sumber bagi mendapatkan bantuan kewangan. Dengan Rancangan Perniagaan, usahawan dapat meyakinkan bahawa perniagaan mereka adalah berpotensi untuk dikembangkan dan berdaya maju. Ia juga membantu bank/ insitusi kewangan/ pembiaya dalam penilaian kredit dan potensi bayaran balik usahawan.

3) Pelabur
Ia juga adalah sumber bantuan kewangan. Berbeza dengan bank/ institusi kewangan / pembiaya yang memberikan pembiayaan/ pinjaman, pelabur terlibat dalam bentuk usahasama dan pemegangan ekuiti dalam perniagaan/ syarikat tersebut. Samada terlibat secara aktif atau dormant dalam perniagaan tersebut, pelabur mahu melihat potensi pulangan pelaburan mereka.

4) Pembekal bahan mentah/ barangan/ perkhidmatan
Usahawan memerlukan kredit daripada pembekal bahan mentah/ barangan/ perkhidmatan mereka bagi kelegaan aliran tunai perniagaan. Dengan kredit seperti 7, 14, 30 hari dll dari pembekal, ia memberi peluang pusingan jualan hinggalah kutipan jualan dari pelanggan yang lengkap bagi membolehkan usahawan membayar invois pembekal pada masa yang ditentukan. Rancangan Perniagaan meyakinkan pembekal akan kekuatan perniagaan, reputasi usahawan dan potensi bayaran balik.

5) Pelanggan
Pelanggan biasanya mahu melihat samada usahawan mampu membekalkan barangan/ perkhidmatan dengan kualiti, kuantiti dan spesifikasi dalam masa dan tempat seperti yang dijanjikan. Rancangan Perniagaan membantu usahawan dalam meyakinkan pelanggan antara lain tentang produk, kepakaran, pengalaman, 'track record' urusniaga sebelum ini juga testimonial dari pelanggan yang lain.

6) Pekerja
Rancangan Perniagaan juga perlu bagi membantu usahawan dalam meyakinkan pekerja-pekerja tentang misi dan visi perniagaan/ syarikat agar mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh, setia dan yang paling penting mereka jelas dengan halatuju dan matlamat perniagaan/ syarikat. Dengan ini usahawan dan pekerja mempunyai persefahaman dan bergerak seiringan.

2 comments:

amenuddin ec a.k.a amendvinfo said...

salam

ringkasannya;
1.panduan atau benchmark kita dlm perniagaan atau pengurusan perniagaan kita.

2.cita-cita atau impian kita pada masa depan. biasanya sy akan berkata ini adalah "IMPIAN" anda, krn anda ada target.

3.Pegurusan diri, anda tahu siapa anda, dan ini akan membentuk keperibadian anda sendiri, krn ada matlamat.

secara kesimpulannya, pastikan matlamat anda itu boleh dicapai, ada timeline, dan mengikut keupayaan diri. kita manusia, bkn malaikat. maka, be urself n jgn ikut-ikut.

amen

Mohd Ashraf said...

Bila buat rancangan perniagaan, kita dapat tentukan samada dapat diteruskan atau tidak sesuatu projek yang nak dijalankan.

Kalau tak menguntungkan, better buat projek lain walaupon projek yang tidak menguntungkan itu perkara yang paling diminati.

Sebab tu saya suka dengan rancangan perniagaan ni, bukan untuk dapatkan loan, tapi untuk menilai sebelum buat sesuatu projek.