Saturday, December 26, 2015

DOWNLOAD TEMPLATE RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN / PEMBIAYAAN BISNES ANDA. JANGAN KATA ABANG TAK PAYUNG!


==> KLIK LINK DI BWH LAJU2...
Pembelian Pakej Pengenalan Version 2.0 dibuka pada Harga PROMOSI RM59.00. Harga akan DINAIKKAN kepada Harga Sebenar RM120 bila-bila masa sahaja. PROMOSI TERHAD. Klik link laju-laju, buat bayaran dengan Kad Debit, Kredit atau Paypal. Cepat2 klik link, nanti terlepas peluang keemasan.
Klik di sini untuk pembelian:
http://pul.ly/b/154540 
http://pul.ly/b/154540 
=================
TEMPLATE RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) VERSION 2.0 TERBARU
=================
Ia kembali lagi dengan versi terkini 2016. Setelah jumlah download Versi 1.0 melebihi 10,000 kali. Telah di UPGRADE untuk lebih MUDAH DIFAHAMI DAN DISEDIAKAN terutamanya di bahagian KEWANGAN oleh penulis, seorang AKAUNTAN. Sesuai digunakan untuk PELBAGAI JENIS PERNIAGAAN dan permohonan pinjaman/ pembiayaan di bank dan agensi pembiaya seperti Mara, Tekun & Punb.
.
.
.
TEMPLATE RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) VERSION 2.0 INI SESUAI UTK:
.
✔ Bakal Bisnesman yg ingin memulakan perniagaan. Rancangan Perniagaan diperlukan untuk merancang perniagaan dan memohon bantuan pembiayaan/ pinjaman di bank dan agensi pembiaya. Bagi mantap RP anda...
.
✔ Bisnesman yang ingin mengembangkan perniagaan. Rancangan Perniagaan (RP) juga diperlukan bagi memohon bantuan pembiayaan/ pinjaman. Ayuh, kembangkan bisnes anda...
✔ Pelajar-pelajar IPT untuk kegunaan pembelajaran dan assignment keusahawanan. Format Words ini mudah digunakan. Tak payah pening kepala dik...
✔ Mereka yang bermasalah menyediakan Unjuran Kewangan (Financial Projection). Format Excel terkini ini begitu mudah dikendalikan. Isi angka di tempat yang tandakan... Mampu disiapkan dalam masa 30 minit. Tak perlu pergi kursus. Psst... Konsultan kursus ada juga yang gunakan format ini...
✔ Anda yang suka mengumpul koleksi Rancangan Perniagaan (RP). Ingat, kumpul yang terkini ye, yang lama dulu dah outdated...
.
.
PENTING UNTUK DOWNLOAD:
Anda akan menerima email Arahan Download secara automatik setelah pembayaran dibuat melalui sistem Paypal (bayaran boleh dibuat dengan Kad Debit, Kad Kredit atau akaun Paypal). Sila baca arahan download di mana download hanya boleh dibuat 2 kali sahaja melalui sistem applikasi tersebut. Sila DOWNLOAD DENGAN DESKTOP BROWSER SAHAJA (GUNAKAN LAPTOP ATAU DESKTOP KOMPUTER). Jangan download melalui Smartphone atau telefon mudahalh kerana sistem yang tidak serasi.
.
.
Selamat Maju Jaya!
Admin Abuhazmy Fans
www.abuhazmy.com 



Tuesday, November 3, 2015

MAHU MEMBUKA KEDAI DOBI TAPI TIDAK TAHU MEMBUAT RANCANGAN PERNIAGAAN? DAPATKAN RP KEDAI DOBI ABUHAZMY V.2 YANG TERKINI PADA HARGA ISTIMEWA!

TAWARAN PAKEJ TEMPLATE RANCANGAN PERNIAGAAN BAGI PERNIAGAAN KEDAI DOBI ABUHAZMY V.2 PADA HARGA ISTIMEWA RM120.00 SAHAJA.

Rancangan perniagaan "Kedai Dobi Abuhazmy V.2" ini adalah version 2 yang terkini setelah dikemaskini oleh penulis asal yang tidak asing lagi iaitu abuhazmy. Versi pertama pada tahun 2008 sebelum ini telah tersebar luas di seluruh negara dengan download sebanyak lebih 20,000 kali. Ia telah menjadi rujukan oleh usahawan-usahawan, pelajar-pelajar IPT dan syarikat Kedai Dobi.


Klik link di bawah ini untuk pembelian:





atau

Klik di link ini : http://pul.ly/b/150988

Snapshot Rancangan Perniagaan yang telah dikemaskini:


7 sebab mengapa anda perlu mendapatkannya segera:

1) Kandungan RP yang lebih mantap
2) Isi kandungan RP yang lebih mudah difahami
3) Lengkap dengan Surat Permohonan dan Ringkasan Eksekutif
4) Unjuran Kewangan yang lebih mudah disediakan
5) Jadual Bayaran Balik Pembiayaan
6) Disediakan oleh konsultan berpengalaman dalam bidang perakaunan dan kewangan.
7) Telah digunakan oleh beberapa syarikat Dobi terkemuka sebagai modul latihan


Klik link di bawah ini untuk pembelian:


atau
Klik di link ini : http://pul.ly/b/150988

Dapatkannya segera!

Saturday, October 31, 2015

MAHU MEMBUKA RESTORAN SENDIRI? DAPATKAN RANCANGAN PERNIAGAAN RESTORAN DARI ABUHAZMY (UNTUK 22 PEMBELI SAHAJA!)


TAWARAN PAKEJ TEMPLATE RANCANGAN PERNIAGAAN BAGI PERNIAGAAN RESTORAN
.
PADA HARGA ISTIMEWA RM79.90 SAHAJA. 

.
Rancangan perniagaan ini adalah versi terkini oleh abuhazmy. Versi pertama pada tahun 2008 sebelum ini telah tersebar luas di seluruh negara dengan download sebanyak lebih 20,000 kali. 

.
Klik link di bawah ini untuk pembelian.


atau klik link ini : http://pul.ly/b/150820

Thursday, July 12, 2012

Contoh Surat untuk Tabung Derma Di Kedai / Premis Perniagaan

Dah lama tak berkongsi idea ye...

Idea berkenaan Tabung Derma ini mungkin common @ "koman". Tapi nampak masih relevan untuk diguna pakai oleh Surau/ Madrasah/ Masjid untuk menambah kutipan bulanan.

Langkah-langkah dicadangkan:-

1) Kenalpasti kedai/ premis perniagaan yang sesuai di sekitar.

2) Bertemu dan berbincang dengan tuan punya @ taukeh kedai/ premis. Minta izin.

3) Jika dibenarkan, susuli secara rasmi dengan surat. Contoh Surat Meletak Tabung Derma seperti di link di bawah ini.

Klik link ini: http://www.mediafire.com/?874ugqa68b3yqcn

atau klik DOWNLOAD

Beberapa ketika anda akan dibawa ke laman simpanan fail Mediafire.

4) Sediakan surat tersebut dengan pindaan dan tambahan maklumat yang mana berkenaan. Sila tandatangan.

5) Serahkan surat tersebut kepada tuan punya @ taukeh kedai/ premis. Dapatkan persetujuan dan tandatangan.

6) Hantar tabung di kedai/ premis tersebut.

7) Ucapkan terima kasih kepada tuan punya @ taukeh kedai dan doakan agar perniagaan beliau bertambah barakah, maju dan makmur. Ajak le taukeh tu ngopi atau ngeteh atau pekena beryani kambing (hehe..) di restoran berhampiran.

8) Kongsikan atau cadangkan softcopy Surat tersebut kepada Surau/ Madrasah/ Masjid lain yang memerlukan, moga mengalir kebaikannya.

Selamat beramal, wassalam!

Wednesday, July 6, 2011

Contoh Surat Program Tabung Masjid Di Premis Perniagaan

Kata orang, berkongsi tandanya peduli. Ataupun "sharing is caring".

Apa-apa pun, di kesempatan yang ada, saya ingin berkongsi contoh surat kepada premis-premis perniagaan seperti kedai, restoran, klinik, stesen minyak, kaunter bank dll untuk mereka menyertai program Tabung Derma Masjid / Surau.

Ini sebagai salah satu inisiatif bagi memberikan peluang kepada penderma-penderma (terutamanya penderma yang kurang berkesempatan ke masjid) untuk beramal kebajikan. ia diharap akan dapat meningkatkan dana masjid / surau bagi tujuan aktiviti-aktiviti mengimarahkan masjid termasuk perbelanjaan pengurusan dan operasi.

Dalam program ini, tabung akan diletakkan di kaunter premis perniagaan tersebut. Setiap 2 minggu atau waktu-waktu ditetapkan, pegawai masjid yang diberikuasa akan mengutip sumbangan derma tersebut.

Ini adalah anggaran. Sekiranya sebulan, satu tabung boleh mengutip sekitar RM200, maka 10 tabung adalah RM2,000 sebulan. 20 tabung adalah RM4,000 sebulan. Maka ia boleh menampung antara lain saguhati penceramah / pengkuliah, bil elektrik, api dll.

Untuk download, silalah klik link di bawah ini:


atau

taip link ini : http://www.mediafire.com/?874ugqa68b3yqcn

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Sunday, July 3, 2011

Contoh Surat Sumbangan Ihya' Ramadhan

Sudah lama rasanya tidak membuat posting.

Sedar tak sedar, bulan Ramadhan yang ditunggu akan menjelma. Hari-hari kita berdoa "Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan".

Saya ingin berkongsi di sini. Sebuah file words bagi membuat Surat Sumbangan Program Ihya' Ramadhan. Apalah kiranya dapat digunakan oleh surau-surau dan masjid-masjid, saya amatlah bersyukur. Berharapkan rahmat Allah dari amal yang tidak seberapa ini.

Sila klik link di bawah ini :


atau taipkan link di bawah :

http://www.mediafire.com/?u21tdin6htgrn54


Semoga dapat membuka jalan amalan bersedekah di bulan Ramadhan. Wassalam.


Saturday, August 7, 2010

Misteri Solat Subuh - Part 7

Rahsia Salahuddin Mengembalikan Kekuatan Umat

Bagaimana usaha yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam mengembalikan kekuatan umat? Yang pertama beliau perhatikan adalah mendorong mereka menunaikan solat di masjid. Beliau meyakini, hanya tentera yang solat berjemaah sahajalah yang mampu mengalahkan orang Kristian atau musuh-musuh Allah yang lainnya.

Salahuddin bukanlah seorang sufi yang selalu berdiam di masjid dengan zikir, solat serta meninggalkan begitu sahaja persiapan tentera dan persiapan berperang.

Tetapi beliau berusaha dengan segala cara sama ada dari segi material, persiapan, latihan, senjata serta taktik mengumpulkan pasukan, memilih waktu yang tepat, mengadakan perjanjian dan menyatukan barisan.

Beliau berusaha semaksima mungkin (dengan berbagai cara) namun beliau tahu dirinya tidak akan menang kecuali dengan pertolongan Allah. Bagaimana Allah akan menolong apabila beliau tidak menolong Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Hajj, ayat 40:-

"Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (Islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa".

Bagaimana mungkin orang Muslim akan mendapat pertolongan Allah sedangkan mereka enggan melaksanakan kewajipan yang telah Allah berikan kepada mereka.

Bagaimana orang Muslim yang tidur di waktu Subuh, lalu dia berdoa pada waktu Dhuha atau waktu Zuhur atau ketika petang, memohon kemenangan, keteguhan dan kejayaan di muka bumi. Bagaimana mungkin?

Sesungguhnya agama ini tidak akan mendapat kemenangan kecuali telah dipenuhi semua syarat-syaratnya iaitu dengan melaksanakan ibadah, yang selari dengan akidah, berakhlak mulia, mengikuti ajaranNya, tidak melanggar laranganNya, dan tidak sedikit pun meninggalkannya, baik yang kecil apalagi yang sangat penting.

Bahkan mereka berusaha menjaga dan mempertahankannya. Orang seperti inilah yang akan menolong agama Allah dan mendapatkan pertolonganNya.

SubhanAllah! Allah akan mengubah apa yang terjadi di muka bumi ini dari kegelapan menjadi keadilan, dari kerosakan menuju kebaikan. Semua itu terjadi pada waktu yang mulia iaitu waktu Subuh. Berhati-hatilah, jangan sampai tertidur pada saat yang mulia ini.

Sumber: Buku bertajuk "Misteri Solat Subuh" oleh Dr Raghib As-Sirjani

Friday, May 7, 2010

Contoh Surat Rayuan Kepada Tabung Haji

Download dan Share link di bawah ini dengan saudara-mara dan rakan. Semoga beroleh manfaat. 
.
DOWNLOAD DI SINI :https://www.mediafire.com/folder/f3f76ckkz0nwg/Rayuan_Haji

.
Terima kasih kepada seorang sahabat saya yang bermurah hati memberikan contoh surat rayuan ini. Semoga ia mendatangkan manfaat kepada saudara-saudara yang memerlukan. Nota: Ia adalah contoh sahaja, sebab-sebab rayuan mungkin berbeza mengikut kes.
.
Saya telah hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Tabung Haji di talian 03-62071919 sebentar tadi dan dimaklumkan bahawa antara sebab-sebab yang diberi keutamaan untuk pertimbangan oleh pihak Tabung Haji adalah:-
.
1) Faktor kesihatan (perlu ada surat sokongan dari Doktor / Pegawai Perubatan kerajaan atau Doktor Pakar jika dari Klinik/Hospital swasta).
.
2) Lanjut usia melebihi 70 tahun
.
3) Menjadi mahram kepada jemaah haji yang telah terpilih.
.
4) Menemani jemaah haji yang uzur.
.
Walaubagaimanapun, menurut pegawai Tabung Haji tersebut, faktor seperti sebab-sebab kerjaya dan keluarga juga boleh dipertimbangkan. "Encik boleh cuba, mungkin boleh dipertimbangkan", ujar pegawai tersebut.
.
Berikut adalah satu contoh yang saya sediakan berdasarkan contoh surat yang diberikan oleh sahabat saya yang telah dipertimbangkan oleh pihak Tabung Haji. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, InsyaAllah.
.


Nama Pemohon I & No Akaun Tabung Haji
Nama Pemohon II & No Akaun Tabung Haji
Alamat

Tel:
_____________________________________

Tarikh :


Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH

201, Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Tuan/Puan,
RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 143x HIJRAH

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.


Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon agar kami suami isteri dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun 143x Hijrah (Tahun Masihi 20xx) atas sebab-sebab seperti berikut:-

1) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang;

2) Masalah penjagaan anak-anak dapat dielakkan sekiranya kami menunaikan haji pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap keluarga. Antaranya, anak kami akan mula bersekolah dan kami menghadapi kesulitan untuk mencari penjaganya sekiranya kami menunaikan haji;

3) Keadaan kewangan dan kesihatan mengizinkan kami untuk mengerjakan haji pada tahun ini, InsyaAllah.

Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang Benar,




(NAMA PEMOHON 1)
No. IC:
Tel. No.:





(NAMA PEMOHON 2)
No. IC:
Tel. No. :

Thursday, May 28, 2009

Misteri Solat Subuh - Part 6

Diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Barangsiapa menunaikan Solat Subuh berjemaah kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat 2 rakaat, maka baginya pahala seperti haji dan umrah yang ditunaikan dengan sempurna, dengan sempurna, dengan sempurna!".

- Riwayat At-Tirmidzi -


Sumber: Buku bertajuk "Misteri Solat Subuh" oleh Dr Raghib As-Sirjani

Misteri Solat Subuh - Part 5

Diriwayatkan dari Jundab bin Sufyan RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Barangsiapa yang menunaikan Solat Subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Maka jangan mencuba Allah membuktikan janjiNya. Barangsiapa membunuh orang yang menunaikan Solat Subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka".

-Riwayat Muslim, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah, lafaz di atas menurut riwayat Ibnu Majah -


Sumber: Buku bertajuk "Misteri Solat Subuh" oleh Dr Raghib As-Sirjani

Tuesday, May 26, 2009

Misteri Solat Subuh - Part 4

Daripada Buraidah Al-Aslami RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Berikanlah khabar gembira kepada mereka yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat".

-Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah-


Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas RA, bahawa ketika Rasulullah SAW keluar untuk melaksanakan Solat Subuh, Baginda berdoa yang bermaksud:-

"Ya Allah, berikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada lisanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku. Jadikanlah cahaya di belakangku, cahaya di hadapanku, cahaya di atasku dan cahaya di bawahku. Ya Allah, berikanlah padaku cahaya".

-Riwayat Muslim-


Sumber: Buku bertajuk "Misteri Solat Subuh" oleh Dr Raghib As-Sirjani

Thursday, April 2, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 16

Allah telah berfirman, mafhumnya:-

"Apa saja yang kamu infakkan, Allah pasti akan menggantinya, dan Allah adalah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya".

-Surah Saba', ayat ke 39-


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:-

"Pada setiap pagi yang dialami oleh hamba Allah, dua Malaikat turun. Yang satu berdoa: 'Ya Allah, berikanlah pengganti kepada hamba-Mu yang berinfak'. Yang satu lagi berdoa: 'Ya Allah, berikanlah kerugian bagi hamba-Mu yang kikir (kedekut)".

-Riwayat Muslim-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Tuesday, March 31, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 15

Allah telah berfirman, mafhumnya:-

"Orang-orang yang menginfakkan hartanya siang dan malam secara bersembunyi-sembunyi atau terang-terangan, mereka itu mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati".

-Surah Al Baqarah, ayat 274-


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

"Orang yang dermawan dekat dengan Allah, dekat sesama manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang yang kikir (kedekut) jauh dari Allah, jauh dari sesama manusia, jauh dari syurga dan dekat dengan neraka. Orang bodoh yang dermawan lebih disukai Allah daripada orang beribadah yang kikir".

-Riwayat At Tirmidzi-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Wednesday, March 25, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 14

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:-

"Barangsiapa yang menyimpan amarah kemudian orang itu sanggup membuangnya, pada hari kiamat ia akan dipanggil lebih dahulu daripada manusia lainnya, dan kepadanya dipersilakan memilih bidadari mana yang paling disukainya".

-Riwayat Abu Dawud-


Rasulullah SAW juga telah bersabda, daripada Ubadah bin Samit yang bermaksud:-

"Mahukah kalian ku beritahu tentang sesuatu yang dipergunakan Allah untuk memperkukuhkan bangunan dan meninggikan darjat?". Para sahabat menjawab: "Mahu benar ya Rasul Allah!" Baginda kemudian menjelaskan: "Hendaklah engkau sabar menghadapi gangguan orang bodoh, memaafkan orang yang berbuat zalim terhadap dirimu, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu, dan memulihkan hubungan dengan orang yang memutuskannya denganmu".

-Riwayat At-Thabrani-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Tuesday, March 24, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 13

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

"Barangsiapa yang diberi hadiah (pemberian) hendaknya ia membalas, bila mampu. Jika tidak mampu ia memuji (yang memberinya). Sebab jika memuji bererti ia telah berterima kasih kepadanya, tetapi jika ia membungkam bererti ia mengingkari pemberian itu".

-Riwayat Abu Dawud-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Monday, March 23, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 12

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:-

"Seseorang tergantung pada agama teman karibnya. Oleh kerananya setiap orang dari kalian supaya memperhatikan siapa yang menjadi temannya".

-Riwayat Abu Dawud-


Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud:-

"Pergaulan yang baik ibarat orang yang memakai minyak wangi. Jika engkau tidak dapat sesuatu dari dia, sekurang-kurangnya engkau mendapat bau harumnya. Pergaulan yang buruk ibarat seorang pandai besi. Jika engkau tidak terkena hangusnya, sekurang-kurangnya engkau terkena asapnya".

-Riwayat Abu Dawud-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Wednesday, March 18, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 11

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Orang-orang yang berkasih sayang memperoleh kasih sayang Allah. Sayangilah yang ada di muka bumi, kalian pasti memperoleh kasih sayang yang di langit. Kekerabatan (ar-rahmi) adalah erat bertalian dengan kata rahmat (belas kasih) yang berasal dari Allah, maka barangsiapa yang menjaga hubungan kekerabatannya ia akan dijaga hubungannya dengan Allah, dan siapa yang memutuskan hubungan kekerabatannya ia akan diputuskan hubungannya dengan Allah".

-Riwayat At-Tirmidzi-


Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang bermaksud:-

"Allah menjadikan kasih sayang terdiri dari seratus bahagian. Satu bahagian diturunkan-Nya ke bumi. Termasuk di dalam satu bahagian itu rasa kasih sayang di antara sesama makhluk, sehingga haiwan pun mengangkat kaki kuatir kalau-kalau menginjak anaknya".

-Riwayat Al-Bukhari-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Tuesday, March 17, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 10

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian berjalan menuju salah satu rumah Allah dan menunaikan salah satu solat yang difardhukan oleh Allah, maka salah satu dari kedua langkahnya menggugurkan dosanya dan langkah yang lain meninggikan darjatnya".

-Riwayat Muslim-

Hasan ibnu Ali ibnu Abi Thalib R.A. melalui penjelasannya yang berbunyi:-

"Barangsiapa yang biasa pergi ke masjid, dia meraih lapan perkara iaitu:
Ayat yang penuh hikmah
Saudara yang berguna
Ilmu yang baru
Rahmat yang menanti
Kalimah yang menunjukinya ke jalan hidayah
Kalimah yang menghindarinya dari kebinasaan
Menjauhi dosa kerana malu
Menjauhi dosa kerana takut
".

Sumber: Muka surat 62 & 63, buku Dari Lubuk Hati Ibu tulisan Norhafizah Musa & Wan Nor Ainon W Abdullah

Sunday, February 8, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 9

Umar Al-Khattab R.A. meriwayatkan sebuah hadis, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:-

"Di antara para hamba Allah terdapat orang-orang bukan para Nabi dan bukan para pahlawan Syuhada', tetapi pada hari kiamat kedudukan mereka di sisi Allah akan mempesonakan para Nabi dan para pahlawan Syuhada'.

Para sahabat bertanya: "Ya Rasul Allah, beritahulah kami, siapa mereka itu?" Baginda menjawab: "Mereka yang saling bercinta kasih di dalam semangat Ilahi, sekalipun tanpa hubungan kekeluargaan dan tanpa harta kekayaan yang diberikan oleh yang satu kepada yang lain. Demi Allah, wajah mereka bersinar-sinar dan mereka itu lebih cemerlang daripada cahaya. Mereka tidak merasa takut dan mereka tidak merasa sedih di saat semua orang merasa sedih".

Kemudian baginda membacakan firman Allah: "Bukankah para wali-wali Allah (yakni orang-orang yang sangat besar taqwanya kepada Allah) tidak merasa takut dan tidak pula merasa sedih?".

-Riwayat Abu Daud-


Dalam hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Dua orang yang saling bercinta kasih demi kerana Allah, sekalipun dalam keadaan tidak saling bertemu, maka di antara dua orang itu yang paling dicintai Allah ialah yang paling mencintai sahabatnya".

-Riwayat At-Thabrani-


Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Kecintaan-Ku telah Kami tetapkan bagi mereka yang saling bercinta kasih demi kerana Aku. Dan kecintaan-Ku telah Kami tetapkan bagi mereka yang saling berkunjung demi kerana Aku. Dan kecintaan-Ku telah Kami tetapkan bagi mereka yang saling berbuat kebajikan demi kerana Aku. Dan kecintaan-Ku telah Kami tetapkan bagi mereka yang saling bersahabat demi kerana Aku".

-Riwayat Ahmad bin Hambal dan At-Thabrani-



Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Saturday, February 7, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 8

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Bila Allah menyukai suatu kaum, mereka akan diuji. Siapa yang rela menghadapi ujian ia memperoleh keredhaan Allah. Dan siapa yang marah menghadapi ujian ia memperoleh kemurkaan Allah".

-Riwayat At-Tirmidzi-


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Pada hari kiamat, di saat orang-orang yang lulus dari cubaan hidup diberi pahala, orang-orang yang tidak pernah mengalami cubaan mengharapkan alangkah baiknya pada masa hidupnya dahulu kulitnya dirobek-robek dengan gunting".

-Riwayat At-Tirmidzi-


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Seorang hamba yang martabatnya telah ditetapkan oleh Allah kemudian hamba itu tidak dapat mencapainya dengan amal perbuatan, Allah akan menguji hamba itu lewat tubuhnya (yakni kesihatannya), hartanya atau anaknya. Ia akan sabar dan tabah menghadapi ujian itu hingga dapat mencapai martabat yang telah ditetapkan Allah 'Azza wa Jalla".

-Riwayat Ahmad bin Hambal-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Wednesday, February 4, 2009

Panduan Pengiraan Zakat Saham

Saya sampaikan e-mail dari PPZ Wilayah untuk perkongsian pengetahuan.


Assalamualaikum, Abu Hazmy Helmi

Bertemu kita sekali lagi di dalam ruangan ini dan semoga Abu di dalam keadaan kesihatan yang baik.

Topik yang ingin saya perkatakan kali ini berkaitan cara pengiraan zakat saham. Terdapat 2 kaedah pengiraan zakat atas saham. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:

i. Saham yang disimpan melebihi setahun (Jumlah unit saham x Harga terendah seunit dalam setahun) x 2.5%

ii. Saham yang dijual beli dalam setahun (Untung Bersih) (Nilai jualan saham – modal saham) x 2.5%

Sekiranya anda inginkan penjelasan yang lebih lanjut sila hubungi Pusat Panggilan kami di talian 03-26936699.

Sayangi keluarga dan harta anda, bayarlah zakat. Jumpa lagi.

Wassalam


Mohd Rais Haji Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my
Pusat Pungutan Zakat
Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,
Kuala Lumpur, 50676 Wilayah Persekutuan, Malaysia

Thursday, January 29, 2009

8 Golongan Yang Layak Menerima Zakat

Saya kongsikan e-mail dari PPZ Wilayah Persekutuan untuk perkongsian pengetahuan.


Assalamualaikum, Abu Hazmy Helmi

Selamat bertemu dan kali ini kami ingin menjelaskan lapan golongan (asnaf) yang layak untuk menerima wang zakat. Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan".

1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.

2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya memperoleh RM8.00.

3. Amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab - seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.


Sehingga jumpa lagi.

Wassalam

Mohd Rais Haji Alias
Pengurus Besar PPZ
www.zakat.com.my

Sunday, January 25, 2009

Hari-Hari Cuti Ku - Part 1

Menghadiri kenduri kahwin seorang sahabat ITM Kelantan, Mohd Faiz Ahmad di Gunung Rapat, Ipoh bersama rakan-rakan.

Melayan kerenah dan kenakalan anak kedua saya, Adam Hazmi.
Menunai janji membawa kedua-dua anak saya meronda-ronda sekitar KL.
Menghirup udara segar dan menikmati pemandangan di tepi sungai di Hulu Langat, Selangor
Dan yang penting sekali. Pemandangan di sebuah masjid di Bandar Baru Bangi.

Friday, January 9, 2009

Persaudaraan Muslim - Part 7

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

"Betapa besar khianatnya bila engkau mengatakan sesuatu kepada saudaramu, di mana dia sungguh-sungguh mempercayaimu padahal engkau berkata bohong kepadanya".

-Riwayat Al-Bukhari-


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:-

"Hendaklah kalian tetap berkata benar sekalipun menghadapi bahaya. Sebab di dalam kata-kata yang benar terdapat keselamatan".

-Riwayat Ibnu Abid-Dunya-


Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Pada saat seorang hamba Allah berdusta, Malaikat menjauhkan diri dari hamba itu kerana tidak mahu mencium bau busuk yang datang dari kedustaannya".

-Riwayat At-Tirmidzi-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Saturday, December 20, 2008

Fadhilat Surah Al-Mulk

SubhanAllah! Surah Al-Mulk perlu ada dalam setiap hati setiap Muslim!

Hadis riwayat Imam Ahmad yang bermaksud:-

Daripada Abu Hurairah R.A., daripada Rasulullah S.A.W., baginda bersabda: "Sesungguhnya ada satu surah dalam Al-Quran yang mengandungi 30 ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihil-Mulk".

Hadis riwayat At-Tabarani yang bermaksud:-

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah Tabarakallazi biyadihil-Mulk".

Sumber : Surah Al-Mulk, Terjemahan & Huraian, Terbitan Eksklusif PPZ MAIWP

Untuk mendengar bacaan Surah Al-Mulk oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi, sila klik link ini: http://server5.mp3quran.net/s_gmd/067.mp3

Cubalah.

Rushai Leather - Usahawan Produk Kulit


Posting kali ini, saya ingin memperkenalkan perniagaan seorang kenalan yang berkecimpung dalam perniagaan produk kulit sejak 10 tahun lalu. Kini perniagaan beliau yang bernama Rushai Leather telahpun mempunyai 3 cawangan di Lembah Kelang.

Anda yang penggemar barangan kulit pasti teruja dengan produk-produk berkualiti Rushai Leather antaranya talipinggang, kasut, boot, sandal, jaket kulit, dompet, topi cowboy dll. Harganya juga berpatutan dengan kualiti produk yang baik.

Sesiapa yang ingin berkunjung, silalah ke cawangan Rushai Leather seperti berikut:-

Rushai Leather
Lot 1-12, First Floor,
Plaza Alam Sentral Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor.

Rushai Leather
Lot 1.32, First Floor,
Anggerik Mall,
40000 Shah Alam, Selangor.

Rushai Leather
Lot 202, 2nd Floor
Amcorp Mall
No. 18, Jalan Persiaran Barat
46050 Petaling Jaya, Selangor.

Thursday, December 4, 2008

Persaudaraan Muslim - Part 6

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Penjual dan pembeli bebas memilih selama kedua-duanya belum berpisah. Bila si penjual dan si pembeli memberikan keterangan yang benar, kedua-duanya memperoleh barakah. Akan tetapi bila kedua-duanya saling berbohong dan menyembunyikan sesuatu untuk memperoleh keuntungan tertentu, kedua-duanya kehilangan barakah".

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Sumpah palsu dalam jual beli mungkin dapat membuat barang dagangan menjadi laku, tetapi hal itu akan menghilangkan mata pencarian".

-Riwayat Ahmad bin Hambal-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Tuesday, December 2, 2008

Persaudaraan Muslim - Part 5

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Celakalah orang yang kerana ingin ditertawakan orang lalu berbicara bohong, celakalah orang itu, celakalah dia".

-Riwayat At-Tirmidzi-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Friday, November 28, 2008

Persaudaraan Muslim - Part 4

Betapa luhur dan lemah-lembutnya budi pekerti Rasulullah S.A.W. sehingga beliau selalu menjaga perasaan orang. Anas Bin Malik dalam riwayatnya mengibaratkan sebagai berikut:-

"Seandainya ada seorang Muslim memegang tangan baginda mengajaknya pergi, maka beliau tidak akan menolak. Bila berjumpa dengan orang, beliau menghulurkan tangan untuk berjabatan dan tidak melepaskannya sebelum orang itu melepaskan tangannya terlebih dahulu serta tidak memalingkan mukanya sebelum orang itu lebih dahulu yang memalingkan mukanya. Tidak pernah terlihat baginda menyelunjurkan kaki di hadapan para sahabatnya. Semua perbuatan Rasulullah S.A.W. itu menunjukkan betapa hati-hatinya baginda menjaga perasaan dan jauh dari sifat takabbur".

-Riwayat At-Tirmidzi-

Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Friday, November 21, 2008

Anda Temui Fakir Miskin? Maklumkan Kepada Zakat Selangor

Salam,

Saya baru lepas access laman web Lembaga Zakat Selangor di http://www.e-zakat.com.my/. Sangat menarik Laman Web ini dan sungguh informatif!.

Antaranya, jika anda menemui mereka yang anda rasa dikategorikan Fakir & Miskin di kawasan Selangor, silalah maklumkan Lembaga Zakat Selangor di :

Talian : 03-55227777 (Khidmat Pelanggan)

Sila nyatakan nama, tempat tinggal dan kawasan asnaf tersebut berada supaya Zakat Selangor dapat menjalankan siasatan dan membantu mereka.

Terdapat pelbagai jenis bantuan ditawarkan. Rujuk: http://www.e-zakat.com.my/baru/agihan/jenis_bantuan.asp

Wassalam.

Persaudaraan Muslim - Part 3

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah, dia tidak beriman... Demi Allah, dia tidak beriman..." Seorang sahabat bertanya: "Siapakah ya Rasul Allah?". Rasulullah S.A.W. menjawab: "Orang yang tetangganya tidak berasa aman kerana perbuatan jahatnya".

-Riwayat Al-Bukhori-


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir (hari Kiamat), hendaknya berbicara yang baik-baik atau diam".

-Riwayat Al-Bukhori-


Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Thursday, November 20, 2008

Persaudaraan Muslim - Part 2

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Jika seorang bersaudara dengan seorang yang lain hendaknya bertanya siapa namanya, siapa ayahnya dan asal dari mana, maka sesungguhnya hal itu akan lebih mempereratkan persaudaraan".

-Riwayat At-Tirmidzi-

Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Wednesday, November 19, 2008

Persaudaraan Muslim - Part 1

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Orang Muslim dengan orang Muslim lainnya adalah bersaudara. Satu sama lain tidak saling berbuat zalim dan tidak saling membiarkan. Barang siapa yang berusaha mencukupi hajat saudaranya, Allah akan mencukupi hajatnya. Barang siapa yang menyelamatkan saudaranya dari penderitaan, Allah akan menyelamatkannya dari salah satu penderitaan di hari kiamat. Barang siapa menutupi cacat seorang Muslim, Allah akan menutupi cacatnya pada hari kiamat".

-Riwayat Al-Bukhori dan Muslim-

Sumber: Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) oleh Imam Al-Ghazali

Thursday, October 23, 2008

Doa Orang Yang Cepat Dimakbulkan

1) Doa mereka yang dizalimi
2) Doa orang tua dan kanak-kanak
3) Doa ibu bapa kepada anak-anaknya
4) Doa anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya
5) Doa orang soleh dan bertaqwa
6) Doa orang yang bermusafir (musafir yang diharuskan)
7) Doa orang yang berpuasa (waktu berbuka)
8) Doa orang yang sakit dan orang yang dalam kesusahan
9) Doa para malaikat dan para nabi dan rasul
10) Doa raja atau pemerintah yang adil


Disunting dari buku Bisikan Nurani : Himpunan Doa susunan Muhammad Lokman Hakim, disemak oleh Ustaz Khairudin Ramli, Pengetua IQKL

Sunday, October 12, 2008

Hari Raya Di Kampung - Part 2

Kami sempat merakamkan potret keluarga pada Hari Raya ke 4.

Ini adalah Potret Keluarga Arsat Bin Hj Said (keluarga mertua saya). Ini adalah kali kedua saya ambil gambar di studio. First time masa saya umur 4 tahun! (nanti saya poskan, kena scan dulu).

Kami ambil masa dekat sejam. Apa tak nya, anak sulung saya Hannani meragam. Tak mahu ambil gambar. At last, setuju juga. Hero saya si Adam tu sporting je. Posing macam Pahlawan Mat Kilau je, bersila depan Tok Ki dia.

Tuesday, October 7, 2008

Birthday Nur Hannani Yang Ke 6

Ini kek birthday anak sulung saya, Nur Hannani yang telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 6 pada 04/08/2008.

Majlis ringkas diadakan di rumah Mak Lang mereka yang berada tidak jauh dari rumah kami. Dah besar anak saya ni, tahun depan dah naik Tahun 1. Begitu cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je saya sambut dia di Labour Room di Hospital Ampang Puteri.

Projek Gaharu - Status Terkini

Yang ini kebun kelapa sawit adik saya, kebun pusaka arwah bapa. Luasnya 1 ekar. Kami kongsi dengan emak tanam kelapa sawit. Masa tanam, adik saya masih di Mesir lagi. Bila dia balik pokok dah besar.

Balik 20/9/2008 yang lepas saya kira lebih kurang ada 30 pokok gaharu yang hidup membesar di sini. Kami tanam selang seli dengan pokok sawit.

Ini pokok gaharu kami. Membesar dengan baik di tanah gambut. Walaupun ada beberapa yang tewas sebab cuaca yang panas, lebih kurang 90% hidup dengan cergas. Mungkin akarnya telah sampai ke sumber air disokong dengan baja sawit yang menyuburkannya sekali.

Ini pulak pokok sawit di kebun yang satu lagi, luas lebih kurang 1 setengah ekar atas nama saya dan adik saya. Kebun pusaka juga. Masa saya kira, ada lebih kurang 125 pokok gaharu.

Kelapa Sawit pula sudah mula menghasilkan buah. Umurnya hampir mencecah 4 tahun. Kami upahkan orang kampung untuk menjaga dan memetik buahnya. Adik dah mula mengajar dan jadi warden di sekolah asalnya di Banting. Saya pulak duduk di KL. Setiap kali balik, saya mesti melawat kebun.

Ini pulak hero saya posing kat kebun. Bukan main seronok Adam ni, kat KL mana jumpa tanah gambut. Sempat juga dia berguling-guling.

Dulu saya besar dia ni dah pegi kebun sama emak, kakak-kakak saya dan arwah bapa. Masa dulu kebun masih semak dan berbelukar. Sekarang dah clear dan bersih. Jalan pun dah bertar.

Hari Raya Di Kampung - Part 1

Selepas ziarah kubur arwah bapa saya, kami terus beraya di rumah Wak Giah di Jalan Pinang Muda, kakak sulung kepada mak saya. Ini rumah pertama kami ziarahi. Memandangkan Embah Limah (nenek saya sebelah emak) baru meninggal dunia sebelum Ramadhan lepas. Biasanya tahun-tahun sebelumnya, kami ke rumah Embah Limah dahulu.
Kemudian ke rumah Wak Towiyah di Kg Hulu Chuchoh, kakak kepada arwah bapa saya. Mak kata terus pergi ziarah rumah wak pasal rumah dia yang agak jauh.

Terus ke rumah Embah Badariah (Nenek saudara belah arwah bapa saya) di Jalan Besar. Jumpa sekali Paman Ali dan Paman Asim (kedua-duanya adik kepada arwah bapa saya).

Ni pula rumah Embah Sarminah, nenek saudara belah emak saya di Jalan Mempelam. Memang banyak pokok pelam kat sini. Cool je rumah ni. Sejuk mata memandang. Dalam pun sejuk.

Ha ni kedua-dua anak saya, Adam dan Hannani tengah berdiskusi bersama paman mereka (adik saya) Cik Mie di rumah Embah Badariah.

Adam dan Hannani kata: "Cik Mie masuk tv tadi ke?". Apa taknya, TV9 buat siaran langsung Solat Sunat Aidilfitri di kampung saya dan adik saya yang mengimamkan solat sunat tersebut.

Friday, September 12, 2008

Projek Gaharu - Part 3

Di MAHA 2008 yang lepas saya berkesempatan melawat booth yang mempamerkan pokok Gaharu yang telah dituai. Antaranya ialah batang pokok Gaharu yang telah diinokulasikan dan ia telah matang untuk diekstrak minyaknya.
Saya Kongsikan gambar-gambarnya untuk tatapan.



Thursday, September 11, 2008

Misteri Solat Subuh - Part 3

Alhamdulillah, saya baru pulang dari masjid tadi. 3 saf jamaah solat Subuh. Saya calculate lebih kurang satu saf = 40 orang. x 3 = 120 orang. Ini yang paling ramai setakat ini. Sebelum Ramadhan lebih kurang 1 saf setengah.

Dilihat kenderaan yang parking, sudah seperti solat Jumaat pula. Parking hampir penuh. SubhanAllah. Ini satu perkembangan yang amat baik di kawasan Ampang ini. Ikut psikologi ia sudah mula menggerunkan musuh-musuh Islam yang kini sudah mula biadap dengan isu Azan Subuh dan lain-lainnya.

Saya perhatikan mereka ini juga sibuk di waktu Subuh dengan berjogging di sekitar kawasan masjid. Mungkin mereka mengintai-ngintai perkembangan Solat Subuh umat Islam. Kerana apa? Ya, kerana kekuatan orang Islam boleh dinilai dengan jumlah jemaah solat Subuh!

Saya ulas buku tulisan Dr Raghib As Sirjani yang menyebut dipendahuluan buku beliau: "Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada suatu perkara. Iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh sama dengan solat Jumaat"(!).

Saya sedih dan marah bila terbaca dalam akhbar bahawa terdapat seorang YB bukan Islam yang datang ke masjid mencadang supaya Azan solat Subuh diperlahankan hanya kerana bilangan jemaah lebih kurang 5 orang dan mengganggu bukan muslim yang sedang tidur. Ini satu penghinaan kepada umat Islam.

Ayuh, diriku dan sahabatku. Marilah bangkit! Islam kini diinjak di bumi sendiri!. Hadirlah diri ini ke masjid terutamanya tika solat Subuh, kerana Salahuddin Al Ayyubi juga membentuk kekuatan tenteranya dengan solat Subuh.

Allahu Akbar!

Saturday, July 19, 2008

Hindari Pinjaman Dari Institusi Kewangan Tidak Berlesen

"Kami bukan Along, kami cuma nak tolong!", saya amat tertarik dengan iklan ini di TV. Mengandungi jenaka yang mencuit hati tapi membawa mesej yang jelas.

Bercerita tentang pinjaman dari Along, saya ada seorang kenalan yang menjalankan perniagaan yang pelbagai, meluahkan perasaan kesal tidak terhingga kerana mengambil pinjaman dengan Along. Pinjaman sebanyak RM20,000 telah berlipat-lipat ganda menjadi RM200,000 kerana bunga yang tinggi dan kelewatan beliau menjelaskannya.

Sehingga kini beliau masih menanggung baki RM100,000 lagi. Saya sangat simpati dengan beliau kerana segala penat lelah beliau berniaga hasilnya terpaksa disalurkan untuk membayar balik pinjaman ini.

Tidak banyak yang mampu saya tolong, hanya mampu memberikan idea mengembang perniagaan dan sedikit nasihat mengurus aliran tunai. Semoga beliau tetap cekal menghadapi dugaan ini.

Tuesday, July 15, 2008

Penilaian Pembiayaan Melalui Kaedah 5C

Berikut adalah kriteria yang dinilai oleh pihak pembiaya dalam menilai permohonan pembiayaan melalui Kaedah 5C:-

1) Character (Karakter)
- Pengetahuan anda tentang perniagaan anda, pengalaman dan projek-projek lepas
- Kedudukan kewangan anda, rekod pembayaran balik yang lepas, reputasi dan komitmen anda terhadap perniagaan anda
- Gaya pengurusan dan perniagaan seperti konservatif, aggresif, berhemat dll
- Pelan penggantian anda (Succession Plan), usia dan kesihatan

2) Capital (Modal)
- Sumber modal anda, seperti modal sendiri, modal dari keluarga, modal dari pemegang saham
- Kecukupan komitmen kewangan anda dalam perniagaan dalam bentuk Dana Pemegang Saham/ Pemilik, Pendahuluan Pengarah dan Cagaran Pihak Ketiga (Third Party Charge) oleh anda/pemilik

3) Capacity (Kapasiti)
Kapasiti atau keupayaan perniagaan untuk membayar balik pembiayaan/ pinjaman melalui:-
i) Sumber utama yang dihasilkan dari aliran tunai perniagaan itu sendiri yang mencukupi.
ii) Sumber-sumber lain selain daripada perniagaan tersebut.

4) Conditions (Keadaan)
Faktor-faktor luaran yang boleh memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada perniagaan anda seperti perundangan, teknologi terkini, globalisasi, pasaran matawang asing, trend sosial masa kini, persekitaran ekonomi perniagaan dll

5) Collateral (Cagaran/Jaminan)
Cagaran dan jaminan yang anda tawarkan untuk memitigasi atau menggantirugi kelemahan-kelemahan yang timbul dari 4 kriteria di atas. Contohnya, cagaran hartanah, mesin dan asset-aset lain, jaminan pemilik/ pengarah, jaminan pihak ketiga, deposit sekuriti dll

Sunday, July 13, 2008

2 Teknik Menyedia Ramalan Jualan

Hari ini saya ingin kongsi 2 teknik yang biasa digunakan untuk menyediakan Ramalan Jualan bagi perniagaan dengan jenis pasaran terbuka seperti berikut :-

1) Kaedah Regresi Linear

Ia melalui kaedah persamaan Matematik dengan persamaan berikut:-

y = a + bx

di mana;

y = Jualan Diramal
a = Nilai jualan jika tidak membuat perkara x
b = Hasil Jualan yang mampu dicapai bagi setiap RM1 dibelanjakan bagi perkara x (rujuk prestasi lepas)
x = Pemboleh ubah tidak bersandar yang mewakili faktor yang mempengaruhi jualan. Cth: Promosi, Harga Produk, Diskaun, Pemasaran dll (Nota: Perlu ditentukan faktor yang paling berpengaruh dan ia pula berbeza-beza mengikut jenis perniagaan/industri).

Contoh:
y = RM100,000 jualan tanpa promosi + RM3 jualan bagi setiap RM1 belanja promosi (RM10,000 belanja promosi)
Oleh itu, Jualan Ramalan = RM130,000

2) Kaedah Analisa Trend

Turun naik jualan diramal berdasarkan nilai peratusan yang ditentukan melalui analisa trend jualan tahun-tahun lepas (biasanya 3-5 tahun kebelakang) yang mana dengan andaian bahawa trend tersebut akan berkekalan tanpa mengira faktor-faktor luar kawalan pengusaha.

Ramalan jualan akan ditentukan dengan nilai peratusan yang sama/ lebih kurang sama dengan naik turun jualan tahun-tahun lepas.

Selamat mencuba!

Wednesday, July 9, 2008

Zainudin bakal 'jutawan' kambing

Dipetik dari : Utusan Malaysia Online, 9 Julai 2008 Oleh ZUHAYATI YAZID

MARANG 8 Julai - Siapa sangka kawasan seluas 60 hektar yang dahulunya terbiar kini bertukar menjadi sebuah ladang kambing. Ternakan baka-baka tempatan yang 90 peratus untuk pasaran negara itu sekali gus akan menjadikan pengusahanya bakal jutawan.

Sebelum dibangunkan, kawasan yang terletak 60 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu ini dipenuhi semak-samun yang tidak memberi faedah kepada masyarakat setempat. Namun, hasil usaha Zainudin Zakaria, 50-an, yang menganggap ternakan kambing baka adalah perusahaan yang menguntungkan serta mampu memberi pulangan hasil yang cepat, kawasan itu bertukar menjadi ladang kambing dalam tempoh lapan tahun sahaja.

Melalui syarikatnya, Cosmopal Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada November 2000, Zainudin kini merupakan satu-satu pengimport, pengedar dan juga penternak kambing baka terbesar di kawasan Pantai Timur.

Berbekalkan prinsip jangan kalah sebelum berjuang, beliau sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat antarabangsa demi mencurahkan bakti kepada bidang ternakan kambing baka.
"Sebelum saya berhenti kerja, saya membuat kajian tentang kebaikan dan kelebihan penternakan kambing. Malah saya juga membuat lawatan ke luar negara untuk melihat sendiri kelebihan bidang ternakan ini," kata Zainudin ketika ditemui di ladang kambingnya yang terletak di Serating di sini, baru-baru ini.

Selepas dua tahun membuat kajian, beliau nekad membuka ladang kambing berbekalkan modal RM100,000 untuk membeli keperluan dan alatan. Malah, beliau yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur sanggup pulang ke kampung hanya semata-mata untuk menternak kambing.

"Saya lihat prospek ternakan ini sangat luas dan ia mampu memberi pendapatan lumayan, hanya usaha dan kerajinan sahaja yang perlu ada," katanya.

Ditanya apakah pengalaman semasa mula-mula menceburi bidang ini, bapa kepada lima cahayamata ini memberitahu, pada awalnya perasaan takut timbul. Malah kata-kata kurang enak daripada rakan-rakan juga menyebabkannya rasa serba-salah. Namun beliau nekad untuk meneruskan perjuangan.

"Biarlah apa orang hendak kata, yang pasti kita tahu siapa diri kita dan tahap kemampuan diri kita," ujarnya. Katanya, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak yang sering memberi dorongan dan semangat kepada dirinya.

Bermula dengan beberapa ekor kambing jenis Jamnapari yang dibeli dari Indonesia serta sebuah reban, kini Zainudin mempunyai enam buah reban untuk menempatkan semua kambingnya.
Beliau menyasarkan untuk membiak 10,000 ekor kambing dalam jangka masa yang terdekat ini.
"Pada tahun 2007, saya hanya mempunyai 3,000 ekor kambing tetapi setiap tahun haiwan ini semakin berkembang biak," ujarnya. Menceritakan pengalaman menternak kambing baka, beliau memberitahu, ia bukan perkara yang sukar. Malah kambing merupakan binatang yang manja, katanya.

Jelasnya, kambing juga seperti manusia yang perlu dilayan dengan baik dan biasanya haiwan ini dilepaskan selepas dua minggu dikurung di dalam reban dan apabila sampai tempohnya ia akan pulang sendiri ke reban.Beliau mengupah lebih 10 pekerja untuk membantu memberi makanan kepada ternakan kambingnya.

"Kambing-kambing juga turut dimandikan dan syampu supaya kelihatan bersih dan segar," katanya.Beliau bersyukur kerana ladangnya itu mendapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

"Setiap bulan, seorang pegawai dari jabatan ini akan membuat lawatan ke ladang saya untuk melihat tahap perkembangan dan kesihatan haiwan ternakan ini," katanya yang turut membuat lawatan ke luar negara untuk mendapat nasihat dan panduan.Zainudin memberitahu, selain menjalankan penternakan kambing, beliau juga menjalankan pelbagai aktiviti sampingan bagi memaksimumkan pendapatan di samping membantu masyarakat setempat yang berpendapatan rendah."

Selain menjalankan penternakan kambing, ladang ini juga menghasilkan baja organik daripada najis atau tinja kambing yang dicampurkan ramuan lain untuk dijadikan baja organik.

"Kerja-kerja membungkus baja saya serahkan kepada golongan orang kurang upaya yang menginap berhampiran ladang ini," jelasnya yang mengitar semula bulu kambing untuk dijadikan aksesori. Beliau juga merancang membuka kilang memproses barangan daripada kulit kambing antaranya jaket, beg tangan dan pelbagai aksesori lain.